Monday, March 28, 2011

Perang Salib Ketiga (1189-1192)

Perang Salib Ketiga (1189-1192) merupakan cubaan raja-raja Kristian Eropah untuk merampas Jerusalem dari Salahuddin Al-Ayubbi.

Selepas kegagalan Perang Salib Kedua, dinasti Zengid menguasai Syria sepenuhnya dan bersengketa dengan pemerintah Fatimiyyah Mesir, yang akhirnya disatukan oleh Salahuddin. Tentera gabungan Mesir dan Syria ini berjaya menawan negeri-negeri Kristian di Eropah hingga membolehkan Salahuddin menawan semula Baitulmuqaddis pada tahun 1187. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry II dari England dan Philip II dari Perancis menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib baru (walaupun kematian Henry pada 1189 meletakkan tentera Inggeris di bawah Richard I). Maharaja Suci Rom Frederick I Barbarossa yang telah berumur turut menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbukan tentera yang besar menyeberangi Anatolia, namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati berpatah balik ke tanah air.

Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar mengenai rampasan perang; kecewa dengan Richard, waris Frederick Leopold V dari Austria dan Philip berundur dari Tanah Suci pada Ogos 1191. Pada 2 September 1192, Richard dan Salahuddin memuktamadkan satu perjanjian yang menyaksikan Baitulmuqaddis kekal di bawah penguasaan Islam, tetapi membenarkan penziarah Kristian yang tidak bersenjata melawat bandar tersebut. Richard kemudian berangkat kembali dari Tanah Suci pada 9 Oktober. Kegagalan Perang Salib Ketiga ini membawa kepada Perang Salib Keempat enam tahun kemudiannya.

Sebahagian dari Perang Salib

Perang Salib Ketiga
Sebahagian dari Perang Salib
Siege of Acre.jpg
Pengepungan Acre merupakan konfrontasi pertama dalam Perang Salib Ketiga
Tarikh 1189 — 1192
Tempat Timur Dekat (Anatolia, Levant, Israel)
Hasil Perjanjian Ramla
Penziarah Kristian tidak bersenjata dibenarkan melawat Baitulmuqaddis, yang kekal di bawah kawalan Muslim.
Perubahan
wilayah
Kerajaan Cyprus ditubuhkan dari tanah Byzantine
Pihak bersengketa
Tentera Salib Muslim

Palaiologos-Dynasty-Eagle.svg Empayar Byzantine
Aragon-Sicily Arms.svg Kerajaan Sicily

Komander
Tentera Salib

Armoiries de Jérusalem.svg Guy dari Lusignan
Armoiries de Jérusalem.svg Henry II dari Champagne
Armoiries de Jérusalem.svg Balian dari Ibelin
Richard I of England Arms.svg Richard I dari England
France Ancient.svg Philip II dari Perancis
Blason Blois Ancien.svg Theobald V
Holy Roman Empire Arms-single head.svg Frederick I
Coat of arms of Baden-Württemberg (lesser).svg Fredrick VI
Gules a fess argent.svg Leopold V
Armoiries Montferrat.png Conrad dari Montferrat

Muslim

Flag of Ayyubid Dynasty.svg Salahuddin Al-Ayubbi
Flag of Jihad.svg Izz ad-Din Mas'ud I
Kilij Arslan II
Lain-lain
Palaiologos-Dynasty-Eagle.svg Isaac II Angelus
Palaiologos-Dynasty-Eagle.svg Isaac Komnenos
Aragon-Sicily Arms.svg Tancred dari Sicily

Kekuatan
Inggeris: 8,000 orang
Perancis: 2,000 orang[1]
Jerman: 15,000 orang[2]

Latar belakang

Apabila Jeneral Imad-ed-din Zangi wafat, tempatnya diganti oleh anaknya Nuruddin. Nuruddin yang ketika itu menguasai Damsyik dan seluruh Syria turut ingin menguasai Mesir yang diperintah Kerajaan Fatimiyyah. Nuruddin menghantar panglimanya Asaduddin Shirkuh ke Mesir. Shirkuh ditemani oleh anak saudaranya Salahuddin. Selepas kematian pakciknya pada 1169, Salahuddin Al-Ayubbi menggantikan tempatnya sebagai panglima, dan seterusnya menjadi sultan kedua-dua Mesir dan Syria selepas kewafatan Nuruddin pada tahun 1174. Dengan penyatuan itu, Salahuddin menjadi cukup kuat untuk berlawan dengan kerajaan Kristian di Palestin dan Lubnan. Pada tahun 1187, Salahuddin menawan Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Sekali lagi penduduk Eropah merasa terhina. Mereka mendesak raja-raja Eropah untuk bersatu-padu menentang Salahuddin. Akhirnya Richard si Hati Singa, raja England, Philippe Augustus, raja Perancis dan Friedrich Barbarossa, raja Jerman dan Empayar Suci Rom, berpadu tenaga menuju ke Jerusalem. Cukai istimewa dikenakan di kedua-dua negara, Perancis dan England, untuk membiayai Perang Salib ini.

Masalah

Tetapi sebagaimana Perang Salib Kedua, perang ini juga menghadapi masalah. Friedrich mati dalam perjalanan ke Jerusalem dan kebanyakan tentera beliau pulang ke tanah air.

Sementara itu Richard dan Philippe menaiki kapal ke Jerusalem. Richard menawan Cyprus dalam perjalanan ke Jerusalem tetapi beliau menawannya dari saudara Maharaja Rom yang kemudiannya bermusuh dengan Richard. Tentera Perancis dan Inggeris mengepung Acre, sebuah kota pelabuhan dan berjaya menawannya setelah hampir dua tahun. Richard membunuh 2,700 orang tahanan dari Acre kerana duit tebusan yang diminta beliau tidak dibayar.